Saturday, September 26, 2009

Antara Sabar Dan Mengeluh


Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abu Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Pada waktu tawaf tiba-tiba dia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri-seri pada wajahnya.
"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu, tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."
Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abu Hassan lalu dia bertanya, "Apakah katamu wahai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."

Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu ?"
Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang besar berkata kepada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan kepadamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?"
Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?"
Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana dia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku meletakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena pada badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin yang tinggal di daerah lain, maka dia jatuh pengsan sehingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."

Lalu Abu Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?"
Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan dia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeza. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahiriah, maka hal itu baik dan terpuji. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."

Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap musibah dan dugaan daripada Allah. Hal itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:
" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasaihnya daripada ahli dunia kemudian dia bersabar, melainkan syurga baginya."

Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,:
" Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."
Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)
Semoga kita dijadikan sebagai hamba Allah yang sabar dalam menghadapi segala musibah...AMIN...

Friday, September 25, 2009

Teman Sejati


Selama ini
Kumencari-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci

Bersyukur kini
PadaMu Illahi
Teman yang dicari
Selama ini
Telah kutemui

Dengannya di sisi
Perjuangan ini
Senang diharungi
Bertambah murni
Kasih Illahi

KepadaMu Allah
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan
Kasih sayang kita

Kepadamu teman
Ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telah kuungkapkan
Segala-galanya...

KepadaMu Allah
Kupohon restu
Agar kita kekal bersatu

Kepadamu teman
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan
Telah kuungkapkan
Segala-galanya

Itulah tandanya
Kejujuran kita

Thursday, September 24, 2009

Doa Jihad


Wahai Tuhan kami Engkau keselamatan, dan daripadaMu jua keselamatan, Engkau Maha suci Tuhan kami dan Maha Tinggi, wahai Tuhan yang mempunyai Kebesaran dan kemuliaan. Kami dengar dan kami taat,ampunkan kami wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jua kesudahan kami, Wahai Tuhan tolonglah tentera-tentera Islam, dan askar-askar yang mengesakan Tuhan, dan binasakanlah orang-orang kafir, orang-orang degil, pembawa-pembawa bidaah, dan orang-orang yang mempersekutukanMu, dan hancurkanlah musuh-musuhMu, musuh-musuh agama Islam.Dan tolonglah kami terhadap mereka Wahai Tuhan sekalian alam.Wahai Tuhan pecahkanlah kumpulan mereka, dan bubarkan himpunan mereka, dan kurangkan bilangan mereka, dan goncangkan kaki-kaki mereka, dan turunkanlah seksa yang pedih ke atas mereka.Dengan RahmatMu Tuhan sekalian alam, Wahai Tuhan kami ampunkan kami terhadap dosa-dosa kami dan matikan kami sebagai islam dan moga2 Allah sejahterakan Penghulu kami Muhammad dan keluarganya dan sahabat2nya sekalian.Maha suci Tuhan kami, Tuhan Yang Mulia dari sebarang sifat kekurangan dan salam keatas sekalian rasul dan pujian sebenar adalah bagi Allah Tuhan sekalian Alam

Wednesday, September 23, 2009

Fatimah Az-Zahra


Gembira hatinya, gembiralah Rasulullah S.A.W. Tertitis air matanya, berdukalah baginda. Dialah satu-satunya puteri yang paling dikasihi oleh junjungan Rasul S.A.W. selepas kewafatan isterinya yang paling dicintai, Siti Khadijah. Itulah Siti Fatimah r.a., wanita terkemuka di dunia dan penghuni syurga di akhirat.

Bersuamikan Sayyidina Ali bukanlah satu kebanggaan yang menjanjikan kekayaan harta. Ini adalah kerana Sayyidina Ali yang merupakan salah seorang daripada empat sahabat yang sangat rapat dengan Rasulullah s. a. w., merupakan kalangan sahabat yang sangat miskin berbanding dengan yang lain.

Namun jauh di sanubari Rasulullah S.A.W. tersimpan perasaan kasih sayang yang sangat mendalam terhadapnya. Rasulullah S.A.W. pernah bersabda kepada Sayyidina Ali,"Fatimah lebih kucintai daripada engkau, namun dalam pandanganku engkau lebih mulia daripada dia."(Riwayat Abu Hurairah)

Wanita pilihan untuk lelaki pilihan. Fatimah mewarisi akhlak ibunya Siti Khadijah. Tidak pernah membebani dan menyakiti suami dengan kata- kata atau sikap. Sentiasa senyum menyambut kepulangan suami sehingga hilang separuh masalah suaminya. Dengan mas kahwin hanya 400 dirham hasil jualan baju perang kepada Sayyidina Ustman Ibnu Affan, begitulah dia memulakan penghidupan dengan wanita yang sangat dimuliakan Allah di dunia dan di Akhirat.

Bukan Sayyidina Ali tidak mahu menyediakan seorang pembantu untuk isterinya tetapi sememangnya beliau tidak mampu berbuat demikian. Meskipun beliau cukup tahu isterinya saban hari bertungkus-lumus menguruskan anak-anak, memasak, membasuh dan menggiling tepung, dan yang lebih memenatkan lagi bila terpaksa mengandar air berbatu-batu jauhnya sehingga kelihatan tanda di bahu kiri dan kanannya.

Suami mana yang tidak sayangkan isteri. Ada ketikanya bila Sayyidina Ali berada di rumah, beliau akan turut sama menyinsing lengan membantu Siti Fatimah menggiling tepung di dapur. "Terima kasih suamiku," bisik Fatimah pada suaminya. Usaha sekecil itu, di celah-celah kesibukan sudah cukup berkesan dalam membelai perasaan seorang isteri.

Suatu hari, Rasulullah S.A.W. masuk ke rumah anaknya. Didapati puterinya yang berpakaian kasar itu sedang mengisar biji-biji gandum dalam linangan air mata. Fatimah segera mengesat air matanya tatkala menyedari kehadiran ayahanda kesayangannya itu. Lalu ditanya oleh baginda, "Wahai buah hatiku, apakah yang engkau tangiskan itu? Semoga Allah menggembirakanmu." Dalam nada sayu Fatimah berkata, "Wahai ayahanda, sesungguhnya anakmu ini terlalu penat kerana terpaksa mengisar gandum dan menguruskan segala urusan rumah seorang diri. Wahai ayahanda, kiranya tidak keberatan bolehkah ayahanda meminta suamiku menyediakan seorang pembantu untukku?" Baginda tersenyum seraya bangun mendapatkan kisaran tepung itu. Dengan lafaz Bismillah, Baginda meletakkan segenggam gandum ke dalam kisaran itu. Dengan izin Allah, maka berpusinglah kisaran itu dengan sendirinya. Hati Fatimah sangat terhibur dan merasa sangat gembira dengan hadiah istimewa dari ayahandanya itu. Habis semua gandumnya dikisar dan batu kisar itu tidak akan berhenti selagi tidak ada arahan untuk berhenti, sehinggalah Rasulullah S.A.W. menghentikannya.

Berkata Rasulullah S.A.W. dengan kata-kata yang masyhur, "Wahai Fatimah, Gunung Uhud pernah ditawarkan kepadaku untuk menjadi emas, namun aku memilih untuk keluarga kita kesenangan di akhirat." Jelas, Baginda Rasul mahu mendidik puterinya bahawa kesusahan bukanlah penghalang untuk menjadi solehah. Ayahanda yang penyayang terus merenung puterinya dengan pandangan kasih sayang, "Puteriku, mahukah engkau kuajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kau pinta itu?" "Tentu sekali ya Rasulullah," jawab Siti Fatimah kegirangan. Rasulullah S.A.W. bersabda, "Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca 'Subhanallah' sepuluh kali, ’Alhamdulillah' sepuluh kali dan 'Allahu Akbar' sepuluh kali. Kemudian ketika hendak tidur baca 'Subhanallah', 'Alhamdulillah' dan 'Allahu Akbar' ini sebanyak tiga puluh tiga kali."

Ternyata amalan itu telah memberi kesan kepada Siti Fatimah. Semua kerja rumah dapat dilaksanakan dengan mudah dan sempurna meskipun tanpa pembantu rumah. Itulah hadiah istimewa daripada Allah buat hamba-hamba yang hatinya sentiasa mengingatiNya

Buat renungan semua:
• Orang yang berfikiran besar banyak memperkatakan ilmu,
• Orang yang berfikiran sederhana banyak memperkatakan peristiwa,
• Orang yang berfikiran rendah banyak memperkatakan manusia,
• Orang yang berfikiran cetek banyak memperkatakan diri mereka

Nabi SAW bersabda, ada 4 perkara yang dipandang baik, tetapi 4 lagi dipandang lebih baik :

1. Sifat malu daripada lelaki adalah baik, tetapi daripada perempuan adalah lebih baik,

2. Keadilan daripada setiap orang adalah baik, tetapi daripada pemimpin adalah lebih baik,

3. Taubat daripada orang tua adalah baik, tetapi daripada orang muda adalah lebih baik,

4. Kedermawan daripada orang kaya adalah baik, tetapi daripada orang fakir adalah lebih baik.

Kenapa Aku......


Kadang-kadang……. kita dilanda pelbagai ujian dan dugaan.Hati ini selalu sahaja merintih....... dan pelbagai persoalan timbul dibenak hati sanubari kita.......

KENAPA AKU DIUJI ?

" Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman" sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. "

(Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN ?

" ..... Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui. "

(Surah Al-Baqarah ayat 216)

KENAPA UJIAN SEBERAT INI ?

" Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

(Surah Al-Baqarah ayat 286)

RASA KECEWA ??

" Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."

(Surah Al-Imran ayat 139)

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA ?

" Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaranmu lebih daripada kesabaran musuh (di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).

(Surah Al-Imran ayat 200)

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu', "

(Surah Al-Baqarah ayat 45)

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI ??

" Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mu'min, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka ..... "
(Surah At-Taubah ayat 111)

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP ?

" ..... Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan melainkan Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal. Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arsy yang agung. "

(Surah At-Taubah ayat 129)

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI !!!!!!!!!!

" ..... dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir. "

(Surah Yusof ayat 87)

Semoga segala persoalan dan rintihan yang melanda jiwa dan sanubari kita terubat dengan janji-janji Allah.......... sesungguhnya kepada kitab suci Al-Quran adalah tempat kita merujuk segala permasalahan..... kerana Al-Quran itu ialah penawar..... penawar untuk kita......... marilah kita kembali kepada Al-Quran..... kembali mengamalkan ajaran yang terkandung sepenuhnya........ semoga Allah memberkati kita......AMIN....

Tuesday, September 22, 2009

Seorang Pemburu


Terpetik sebuah kisah, seorang pemburu berangkat ke hutan dengan membawa busur dan tombak. Dalam hatinya dia berkhayal ingin membawa hasil buruan yang paling besar,iaitu seekor rusa. Cara berburunya pun tidak menggunakan anjing pelacak atau jaring penjerat, tetapi menunggu di sebalik pohon yang memang sering dilalui oleh binatang-binatang buruan.

Tidak lama ia menunggu, seekor burung yang besar terbang hinggap di atas pohon kecil tepat di hadapan si pemburu itu. Dengan ayunan parang atau pukulan gagang tombaknya, burung itu pasti dapat diperolehnya, tetapi si pemburu itu berfikir, "Ah, untuk apa menyusahkan diri dengan seekor burung itu? Apakah ertinya burung itu jika dibandingkan seekor rusa besar yang aku inginkan?"

Tidak lama kemudian, seekor kancil melewatinya. Kancil itu sempat berhenti di depannya bahkan menjilat-jilat pada hujung tombaknya tetapi dia berfikir, "Ah, hanya seekor kancil, bukan makanan yang aku inginkan, sia-sia." Agak lama pemburu menunggu, tiba-tiba terdengar langkah-langkah kaki binatang mendekati, pemburu itu pun mula siap sedia,tetapi ternyata, ah... kijang. Dia pun membiarkannya berlalu. Lama sudah dia menunggu, tetapi tidak ada seekor rusa pun yang melewatinya, sehingga dia tertidur.

Setelah hari sudah senja, rusa yang ditunggu menghampirinya. Rusa itu sempat berhenti di hadapan pemburu itu, tetapi dia sedang tertidur. Ketika rusa itu hampir menginjaknya, dia terkejut. Spontan dia berteriak, Rusa!!!" sehingga rusa itu pun terkejut dan lari terbirit-birit sebelum sang pemburu menombaknya. Hasilnya dia pulang tanpa membawa sebarang hasil.

Banyak orang yang mempunyai idealisme yang terlalu besar untuk memperolehi sesuatu yang diinginkannya. Ia berpikir yang mustahil dan bicaranya pun terkadang sulit untuk difahami. Tawaran dan kesempatan kecil dibiarkan begitu saja, tanpa berfikir bahawa mungkin di dalamnya dia akan memperoleh sesuatu yang berharga. Kebanyakan orang seperti itu menelan pil pahit tetapi akhirnya tidak mendapatkan apa-apa.

Demikian juga dengan seseorang yang mengidamkan pasangan hidup yang mengharapkan seorang gadis cantik atau jejaka tampan yang alim, baik, pintar dan sempurna pada zahir dan batin tetapi harus puas dengan tidak menemukan siapa-siapa.

Monday, September 21, 2009

Dia Sengaja...



Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak serupa dengan kita, supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sama fikirannya dengan kita, supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak memahami keadaan diri kita, supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sempurna, supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang sangat lain perangainya dengan kita, supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak memberi alasan @ komplen, supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak penyayang, supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak sombong dan bangga diri, supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara , fahamilah bahawa kehidupan kita semakin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samaada ia menjadi milik kita.

Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA,dan meninggalkan laranganNYA.

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH ‘malu’ untuk menolak permintaan hamba-NYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA.

Sabarlah sahabatku. Ceriakan hatimu. Kerana ALLAH itu sentiasa ada bersamamu selagi kamu taat kepadaNYA.