Friday, December 31, 2010

Fakta Sains Keagungan Allah pada Manusia..



1. Jika semua saluran urat darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi Jalan Raya sepanjang 96,000. Kilometer.

2. Saraf ditubuh badan manusia dapat menghantar impuls kira-kira 90 Meter sesaat.


3. Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan, ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 Meter persegi.


4. Manusia akan hilang sebanyak 50% deria rasa pada usia 60 tahun.


5. Setiap langkah kehadapan anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan.


6. Orang lelaki mudah mendapat buta warna 10 kali ganda berbanding wanita.


7. Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.


8. Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit, iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.


9. Secara purata seseorang itu minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya.


10. Manusia hanya menggunakkan 10% daripada otaknya untuk berfikir.

11. Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung.


12. Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.


13. Badan manusia mengandungi sulfur yang cukup untuk membunuh kutu anjing, karbon untuk membuat 9,000 batang pensel, potassium, lemak untuk membuat 7 ketul sabun, fosforus untuk membuat 2,200 batang kepala mancis dan air untuk mengisi tangki sebanyak 37 liter.

14. Ketika mulut kering, anda tidak akan dapat menikmati sebarang makanan, ini kerana air liurlah yang membantu kita merasa sesuatu yang masin, manis, masam dan sebagainya.

15. Apabila anda mengecam muka seseorang anda sedang menggunakan otak sebelah kanan.


16. Pada retina mata, terdapat lebih 100 juta sel yang cukup sensitif terhadap cahaya.


17. Jika 80% hati manusia dipindahkan, bahagian yang tinggal masih boleh berfungsi, malahan ia akan membesar ke saiz asal dalam tempoh tertentu.


18. Secara purata kita menuturkan 30,000 perkataan sehari, mengambil masa selama 3 jam 30 minit. Ini bererti dalam tempoh 1 jam kita menyebut 9,000 perkataan yang ada.


19. Jika anda terkurung didalam bilik yang kedap udara, anda akan mati kerana keracunan karbon dioksida bukan kerana kekurangan oksigen seperti yang disangkakan.


20. secara purata setiap orang makan 51 kg bahan perasa temasuk gula dan garam setahun.


( Marilah kita renungkan dan bersyukur ke hadratNya, Allah yang Maha Bijaksana lagi Maha Pengasih dan Penyayang)....

Thursday, December 30, 2010

LUQMAN AL-HAKIM


Dalam sebuah riwayat menceritakan...

Pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menunggang seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang.

Melihat tingkah laku Luqman itu, sesetengah orang pun berkata, "Lihat itu orang tua yang
tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki."

Setelah mendengarkan desas-desus daripada orang ramai maka Luqman pun turun daripada
himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat perkara demikian, maka
orang di pasar itu berkata pula, "Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya
menunggang himar itu, sungguh kurang adab anak itu."

Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu
bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, "Lihat dua
orang menunggang seekor himar, adalah sungguh menyeksakan himar itu."

Oleh sebab tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, "Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak ditunggangi."

Dalam perjalanan mereka kedua-dua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah
menasihati anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya, "Sesungguhnya
tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah
dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T sahaja. Barang siapa
mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap sesuatu."

Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya, "Wahai anakku, tuntutlah
rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu
melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang
agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan
hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-
orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya."

RABI'ATUL ADAWIYAH..

Album : Impian Kasih
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com

Engkau bermula dengan sengsara
Dalam mencari bahagia
Terasa bagai bayang-bayang
Gelap walau disuluh cahaya

Pepasir pantai pun berubah
Pabila hakikat melanda
Ketenangan yang kau cari
Terpancar di lorong sufi

Kau hiasi rumah kasih abadi
Serik menghiasi singgahsana-Mu
Kau berjaya merubah segala
Kasih semalam menjadi esok

Kelunakan tangisan kasihmu
Dalam simpuhan ketaatan
Bagi mengharapkan keredhaan
Dari-Mu, Tuhan pencipta alam

Rabiatul Adawiyah
Serikandi yang tercipta
Sungguh agung pengabdianmu
Kau berjaya menjadi iktibar
Asmaramu dihampar suci
Pintalan dari awanan putih
Membuahkan titisan rahmat
Menyuburkan mawar yang layu

Namamu menjadi sanjungan
Ikutan ummah sepanjang zaman
Ayuh bersama kita susuri
Perjalanan kekasih Allah

...

Wednesday, December 29, 2010

KISAH WALI ALLAH: RABI'ATUL ADAWIYAH..

Rabiatul Adawiyah adalah seorang wali Allah yang mengabdikan dirinya kepada Allah. Kesabaran dan perjuangan harus dicontohi oleh wanita Islam hari ini. Walaupun sejarah hidupnya bermula dari seorang wanita yang tidak mentaati Allah, akhirnya di memilih jalan sufi dalam mencari ketenangan hidup...

Suatu malam yang sunyi sepi, di kala masyarakat sedang khusyuk tidur, seorang pencuri telah menceroboh masuk ke dalam pondok Rabi'atul Adawiyah. Namun setelah menyelongkar sekeliling berkali-kali, dia tidak menemui sebarang benda berharga kecuali sebuah kendi untuk kegunaan berwuduk, itupun sudah buruk. Lantas si pencuri tergesa-gesa untuk keluar dari pondok tersebut.
Tiba-tiba Rabi'atul Adawiyah menegur si pencuri tersebut, "Hei, jangan keluar sebelum kamu mengambil sesuatu dari rumahku ini." Si pencuri tersebut terperanjat kerana dia menyangka tiada penghuni di pondok tersebut. Dia juga berasa hairan kerana baru kini dia menemui tuan rumah yang begitu baik hati seperti Rabi'tul Adawiyah. Kebiasaannya tuan rumah pasti akan menjerit meminta tolong apabila ada pencuri memasuki rumahnya, namun lain pula yang berlaku.
"Sila ambil sesuatu." kata Rabiatul Adawiyah lagi kepada pencuri tersebut.
"Tiada apa-apa yang boleh aku ambil daripada rumah mu ini." kata si pencuri berterus-terang.
"Ambillah itu!" kata Rabi'atul Adawiyah sambil menunjuk pada kendi yang buruk tadi.
"Ini hanyalah sebuah kendi buruk yang tidak berharga." Jawab si pencuri.
"Ambil kendi itu dan bawa ke bilik air. Kemudian kamu ambil wudhu' menggunakan kendi itu. Selepas itu solatlah 2 rakaat. Dengan demikian, engkau telah mengambil sesuatu yang sangat berharga daripada pondok burukku ini." Balas Rabi'tul Adawiyah.
Mendengar kata-kata itu, si pencuri tadi berasa gementar. Hatinya yang selama ini keras, menjadi lembut seperti terpukau dengan kata-kata Rabi'tul Adawiyah itu. Lantas si pencuri mencapai kendi buruk itu dan dibawa ke bilik air, lalu berwudhu' menggunakannya.. Kemudian dia menunaikan solat 2 rakaat. Ternyata dia merasakan suatu kemanisan dan kelazatan dalam jiwanya yang tak pernah dirasai sebelum ini.
Rabi'atul Adawiyah lantas berdoa, "Ya Allah, pencuri ini telah menceroboh masuk ke rumahku. Akan tetapi dia tidak menemui sebarang benda berharga untuk dicuri. Kemudian aku suruh dia berdiri dihadapan-Mu. Oleh itu janganlah Engkau halang dia daripada memperolehi nikmat dan rahmat-Mu."

Tuesday, December 28, 2010

SEKSA MENINGGALKAN SOLAT!!!


Ketahuilah wahai umat Islam

SEKSA MENINGGALKAN SOLAT
"Apakah yang menyebabkan kamu semua masuk neraka Saqar ini? Mereka menjawab: Kami tidak termasuk golongan orang-orang yang bersembahyang."
(Al-Mudathsir:42,43)


Seksaan Ketika Hidup Di Dunia

  • Allah kurangkan keberkatan umurnya.
  • Rezekinya dipersempitkan oleh Allah.
  • Tidak ada tempat baginya di sisi agama Islam.
  • Doanya tertolak. Hilang cahaya soleh dari wajahnya.
  • Amal kebajikan yang dilakukannya langsung tidak diberi pahala.

Siksaan Ketika Sakaratul Maut
  • Ia akan menghadapi sakaratul maut dalam keadaan hina.
  • Matinya dalam keadaan menderita kelaparan.
  • Matinya dalam keadaan yang tersangat haus walaupun diberi minum air sebanyak tujuh lautan.

Siksaan Ketika Di Dalam Kubur
  • Allah akan menyempitkan kuburnya dengan sesempit-sempitnya.
  • Kuburnya akan digelapkan.
  • Allah akan menyeksanya dengan pedih sehingga hari Qiamat.

Seksaan Ketika Berada Di Akhirat
  • Ia akan dibelenggu dan diseret ke padang Mahsyar oleh malaikat.
  • Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan belas kasihan.
  • Allah tidak akan mengampuni dosanya dan dia akan diseksa dengan keras di dalam neraka.

Nisbah Dosa Bagi OrangOrang Yang Meninggalkan Sembahyang Setiap Waktu :

SUBUH : Ia akan disiksa selama 60 tahun di dalam neraka.
ZUHUR : Dosanya seperti membunuh 1000 jiwa orang Islam.
ASAR : Dosanya seperti ia meruntuhkan Kaabah.
MAGHRIB : Dosanya seperti ia berzina dengan ibunya (jika lelaki) atau berzina dengan bapanya (jika perempuan).
ISYAK : Allah tidak redha ia hidup di bumi Allah ini dan digesa agar mencari bumi lain..