Wednesday, December 29, 2010

KISAH WALI ALLAH: RABI'ATUL ADAWIYAH..

Rabiatul Adawiyah adalah seorang wali Allah yang mengabdikan dirinya kepada Allah. Kesabaran dan perjuangan harus dicontohi oleh wanita Islam hari ini. Walaupun sejarah hidupnya bermula dari seorang wanita yang tidak mentaati Allah, akhirnya di memilih jalan sufi dalam mencari ketenangan hidup...

Suatu malam yang sunyi sepi, di kala masyarakat sedang khusyuk tidur, seorang pencuri telah menceroboh masuk ke dalam pondok Rabi'atul Adawiyah. Namun setelah menyelongkar sekeliling berkali-kali, dia tidak menemui sebarang benda berharga kecuali sebuah kendi untuk kegunaan berwuduk, itupun sudah buruk. Lantas si pencuri tergesa-gesa untuk keluar dari pondok tersebut.
Tiba-tiba Rabi'atul Adawiyah menegur si pencuri tersebut, "Hei, jangan keluar sebelum kamu mengambil sesuatu dari rumahku ini." Si pencuri tersebut terperanjat kerana dia menyangka tiada penghuni di pondok tersebut. Dia juga berasa hairan kerana baru kini dia menemui tuan rumah yang begitu baik hati seperti Rabi'tul Adawiyah. Kebiasaannya tuan rumah pasti akan menjerit meminta tolong apabila ada pencuri memasuki rumahnya, namun lain pula yang berlaku.
"Sila ambil sesuatu." kata Rabiatul Adawiyah lagi kepada pencuri tersebut.
"Tiada apa-apa yang boleh aku ambil daripada rumah mu ini." kata si pencuri berterus-terang.
"Ambillah itu!" kata Rabi'atul Adawiyah sambil menunjuk pada kendi yang buruk tadi.
"Ini hanyalah sebuah kendi buruk yang tidak berharga." Jawab si pencuri.
"Ambil kendi itu dan bawa ke bilik air. Kemudian kamu ambil wudhu' menggunakan kendi itu. Selepas itu solatlah 2 rakaat. Dengan demikian, engkau telah mengambil sesuatu yang sangat berharga daripada pondok burukku ini." Balas Rabi'tul Adawiyah.
Mendengar kata-kata itu, si pencuri tadi berasa gementar. Hatinya yang selama ini keras, menjadi lembut seperti terpukau dengan kata-kata Rabi'tul Adawiyah itu. Lantas si pencuri mencapai kendi buruk itu dan dibawa ke bilik air, lalu berwudhu' menggunakannya.. Kemudian dia menunaikan solat 2 rakaat. Ternyata dia merasakan suatu kemanisan dan kelazatan dalam jiwanya yang tak pernah dirasai sebelum ini.
Rabi'atul Adawiyah lantas berdoa, "Ya Allah, pencuri ini telah menceroboh masuk ke rumahku. Akan tetapi dia tidak menemui sebarang benda berharga untuk dicuri. Kemudian aku suruh dia berdiri dihadapan-Mu. Oleh itu janganlah Engkau halang dia daripada memperolehi nikmat dan rahmat-Mu."

3 comments:

  1. assalamualaikum.....trima ksih ats kesudian pnulis brkongsi kish yg mmpu mmbka hti sesiapa shj yg mmbcany....trima ksih skali lgi....

    ReplyDelete
  2. wa'alaikumussalam..
    trima kasih jg dr sy krn rabie sudi melawat ke teratak blog sy nie..(^_^)

    ReplyDelete
  3. teringat kisah bila terserempak dengan anak muda yang punya iras seseorang yang ku kenal di kamar tidur ku dengan gelang emas 24K yang ku simpan di dalam beg tanganku berada di tangannya ...

    Aku hanya tenung dia dan bertanya untuk apa dia mengambil gelang emas peninggalan ibuku dari beg tangan ku...

    tanpa menjawab dia bertanya adakah aku akan meghalang nya dari mengambil...

    aku jawab tidak sama sekali kerana hanya Allah yang dapat menahan dia dari melakukan perbuatan itu.

    Tangannya ternyata gementar bila aku menyebut nama Allah.

    Dia bertanya lagi adakah aku akan membuat lapuran polis dan aku hanya mengeleng kepala... dia bertanya "kenapa tidak?" Jawabku , "kerana tangan engkau yang mengambil itu sendiri akan memulangkan kepadaku dengan Izin Allah" ... dia bertanya lagi samada aku mengenalinya ... walaupun aku tidak tahu namanya tetapi aku tahu siapa ibunya dan lantas aku menjawab ya... lantas aku keluar dari kamar tidurku.

    selepas setengah jam berlalu, aku masuk semula ke kamar tidurku dan ternyata sliding door masih terbuka dan aku mengambil beg tangan untuk memeriksa samaada gelang emas 24K peninggalan ibuku masih berada di situ... Alhamdulillah... masih ada!

    Dua bulan berlalu, ibu pemuda itu datang kerumah dan mengucapkan terima kasih kerana katanya anak bujang yang selalu membuatnya menitiskan airmata sudah berubah sama sekali...


    pengalaman benar untuk di kongsi bersama seadanya.

    ReplyDelete